Soalan Soalan Lazim @ FAQ - Delima Rubie Ent
Pautan Halaman
Laman Utama
Produk Resdung
Apa Itu Resdung
Petua Resdung
Terma & Syarat Pengedar
Kaedah Belian & Bayaran
Pertanyaan & Cadangan
Hubungi Kami
Soalan Soalan Lazim @ FAQ
 
Pautan DelimaRubie.My
DelimaRubie.My
Gano.DelimaRubie.My
Bundle.DelimaRubie.My
 
 
 

   
 
 

Sebelum anda mengajukan sebarang pertanyaan atau komen, sila baca halaman ini untuk rujukan.

a
 
a
  ** S = Soalan   /    J = Jawapan a
 
a
 
1. S: Apa tanda anda menghadapi masalah Resdung?
  J:
  • Hidung anda sering berhingus
  • Berkahak
  • Hidung gatal-gatal
  • Kerap bersin (terutamanya pada waktu pagi)
  • Nafas berbau
  • Mata yang selalu gatal & berair
  • Tidur berdengkur yang kronik
  • Tidak sedap badan
  • Letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi
 
 
 
 
2. S: Selain Resdung, apakah ada nama lain?
  J:
  • Nama saintifik resdung ialah SINUSITIS.
  • Kebanyakan orang Cina mengatakan resdung adalah Alahan(Alergi)
 
 
a
 
3. S: Adakah Resdung boleh dirawat?
  J: YA, BOLEH DIRAWAT. Lebih elok, kalau anda dapat mengesan penyakit resdung ni di peringkat awal. Maka lebih mudah untuk merawatinya.
 
 
 
 
4. S: Apakah punca yang menyebabkan Resdung?
  J:
Resdung disebabkan oleh alahan terhadap :
  • Habuk
  • Pepijat
  • Kutu
  • Makanan tertentu
 
 
 
 
5. S: Apakah sumber alahan yang biasa dihadapi oleh penghidap Resdung?
  J: Menurut pakar, sebanyak 90 peratus daripada alahan disebabkan oleh :
  • Selimut
  • Bantal
  • Tilam
  • Binatang peliharaan
  • Bedak herba
  • Ubat-ubatan
  • Buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.
 
 
 
 
6. S: Apa risiko nya kalau Resdung tidak dirawat?
  J: Kalau ia melarat dan teruk, penghidap Resdung mudah untuk menghidapi penyakit yang lebih serius seperti :
  • penyakit TB
  • kanser
  • jangkitan kulat, virus dan bakteria
  • memberi kesan kepada telinga (boleh menjadi pekak)
  • memberikan kesan buruk (komplikasi) pada otak
  • merosakkan penglihatan (boleh menjadi buta)
 
 
 
 
7. S: Adakah Resdung berjangkit pada orang lain melalui bersin atau sebagainya?
  J: TIDAK, ia tidak berjangkit.
 
 
 
 
8. S: Ada tak petua atau tips untuk mengelak daripada menghidap Resdung?
  J: Ya, memang ada. Cuba amalkan petua di bawah ini :
  • Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
  • Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
  • Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang.
  • Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
  • Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
  • Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
  • Selalu basuh barang permainan yang lembut.
  • Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
  • Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
  • Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
  • Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
  • Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.
 
     
 
a
   
   
   

 

[ Laman Utama ]|[ Produk Resdung ]|[ Terma & Syarat Pengedar ]|[ Pertanyaan & Cadangan ]|[ Hubungi Kami ]

  November 2017 - Resdung.DelimaRubie.My