Akar rokok asap penawar terbaik merawat resdung. Petua Penawar Rawat Resdung

Petua rawat resdung        
         
         
         
         
Penawar resdung - Petua Delima Rubie        
         
 

  Petua Resdung - Delima Rubie Ent
Pautan Halaman
Laman Utama
Produk Resdung
Apa Itu Resdung
Petua Resdung
Terma & Syarat Pengedar
Kaedah Belian & Bayaran
Pertanyaan & Cadangan
Hubungi Kami
Soalan Soalan Lazim @ FAQ
 
Pautan DelimaRubie.My
DelimaRubie.My
Gano.DelimaRubie.My
Bundle.DelimaRubie.My
 
 
 

 

penawar rawat resdung

 

Petua Resdung 1

Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.  Akar pokok resdung

Petua Resdung 2

Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang. 

Petua Resdung 3

Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok. Boleh juga amalkan sentiasa mencium bunga daun bawang merah. Asap rokok resdung,

Petua Resdung 4

Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu........... untuk rawat resdung,

Petua Resdung 5

Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam. Antara penawar resdung yang berkesan

Petua Resdung 6

Akar bunga melur boleh dijadikan penawar resdung. Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas itu bakar dan hidu akarnya, bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.

Petua Resdung 7

DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini dikatakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk dijadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum dijadikan rokok daun atau dipanggil rokok resdung. Asap yang disedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang didapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua,  Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega. 
 
 
Petua resdung yang dinyatakan diatas berkesan  untuk merawat resdung, tetapi ianya mengikut kesesuaian setiap individu. Tahap resdung dan Genetik setiap individu adalah berbeza.
   
   

 

[ Laman Utama ]|[ Produk Resdung ]|[ Terma & Syarat Pengedar ]|[ Pertanyaan & Cadangan ]|[ Hubungi Kami ]

  November 2017 - Resdung.DelimaRubie.My